Friday, May 20, 2011

kenapa saya suka........?

semalam baru saja menonton satu movie yang sudah lama saya menunggu akannya.
NUR KASIH THE MOVIE. mulanya dari sebuah drama. antara Adam & Aidil. juga seorang gadis, bernama Nur Amina.
setiap minggu pasti akan aku tertunggu2 kesudahan cinta suci antara Adam & Nur.
apabila mendapat tahu ia akan difilemkan, sudah pastilah aku sangat teruja :)

menepati jangkaan aku, sekali lagi Adam & Nur ditimpa dungaan yg hebat & memisahkan mereka sekali lagi.
namun, kerana cinta yg tulus, mereka tidak mungkin mengalah.
dari permulaan cerita & hingga penghujung movie itu,
aku terpaksa menahan air mata. banyak babak yg menyentuh kalbu :(


antara dialog yg aku suka apabila Adam & Nur berjalan2 di sekitar Jordan.
Masa tu Nur keluar dari gua *kalau x silap* dia tercari2 akan Adam.
ADAM: Nur nak tingglakan Abang ke?
NUR: Nur sesat, Abang.
ADAM: Nur takkan sesat, nak tau sebab apa?
sebab Abang akan cari Nur sampai dapat :)
sungguh romantis!




yg lain pula masa si Maryam, anak  bongsu Aidil, masuk menjenguk Adam yg baru pulang dari hospital.
MARYAM: Sakit sikit ke sakit banyak?
ADAM: Sakit sikit.
MARYAM: Nasib baik sakit sikit, kalau tak... Meninggal macam Umi!
sungguh naive Maryam berkata2. umurnya yg masih muda, tidak mengerti akan pemergian Umi tersayang :(

tapi apa2 pun, aku suka penghujung cerita ini. kesudahannya, semuanya TERBAIK!

Nur Kasih The Movie.
cerita cinta yg benar2 hebat :)


www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...