tiba2 terpanggil nak tulis pasal kerja.
saja nak meluahkan perasaan.
nak kata tertekan, tidak pula.
sekadar mahu berkongsi cerita.
*tak salah kan?*
kerja.
PENAT memang tak dapat elak la kan.
tapi dalam penat tu.
ada juga gembiranya :)
*walaupun kdg2 rasa terbakar juga di hati ni*
pertamanya.
nak ucap TERIMA KASIH buat MAMA tercinta,
kerana atas paksaan & bebelan beliaulah,
saya sudah berkerja skrg.
"duduk rumah buang masa, kerja kan dapat duit"
itulah modal dia nak paksa saya & adik (Hayiw) pergi mencari kerja.
akur dengan kata2 Mama,
dengan berat hati kami pergi juga round2 cari kerja.
*jalan kaki, tengah2 panas*
rezeki.
lepas satu hari, dapat call.
"boleh mula kerja minggu depan", katanya.
masa tu, memang TERUJA sgt2 :)
kerja kat sebuah kedai.
hari pertama, sudah TERLEWAT. *salah tgk jam!*
tugasan pertama. MOP SATU KEDAI.
rasa macam tak nak buat je, tp nak buat mcm mana,
K E R J A!
gara2 mop itu, habis melecet la jari2 saya.
*dasar tak rajin buat kerja rumah :p*
kerja ni memang best.
kenapa???
kerana sebab2 yg tertentu :-)
1) saya perlu sentiasa TERSENYUM
*tiada lagi muka 'kerek', nanti customer lari*
2) saya harus jadi PERAMAH
*yg ini payah sikit sebab saya sebenarnya susah nak buka mulut bercakap dgn orang yg tak dikenali*
3) saya mesti jadi SABAR
*setiap customer mcm2 perangainya, jadi saya perlulah kawal 'angin' saya dari menjadi puting beliung*
4) saya dapat KAWAN2 baru
*Bella, Iema, Dila, Ani, Luqman, Zai, Shira, Izz, Along, Amin, Amir, bla3*
5) dah kerja, tentulah dapat GAJI :D
*$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$*
itu shj lah bebelan saya malam ini.
kalau sempat, esok2 cerita lagi.
selamat malam :)
No comments:
Post a Comment