terima kasih CINTA. untuk segalanya…… A A A
bait lagu tersebut mula bermain dikotak fikiran ini.
hati yg sunyi ini kembali menyanyi riang dengan kehadiran si DIA.
yup, si DIA CINTA HATI SAYA.
hari ini, sudah genap SEMINGGU kami bersama.
walaupun masih hijau, mentah, namun aku dapat merasakan KEBAHAGIAAN itu.
mungkin ada yg akan berkata, “CEPAT betul kau cari pengganti Bie…”
namun apakan daya diriku utk menolak CINTA tersebut.
sememangnya sudah lama aku memendam rasa, namun perasaan itu tidak bisa terluahkan dengan kata2.
bimbang akan melukakan hati si dia., aku tak mahu kehilangannya.
aku rela menyimpan perasaan ini dari kehilngan si dia yg mmg dah lama aku meminatinya.
tapi cinta mmg ajaib kan?
di saat yg tidak diduga, aku meluahkan rasa cinta yg dah lama terbuku di hati.
WAH! aku benar2 gembira kerana si dia menerima CINTA dari hati ini. A A A
si dia bertanya, “kenapa lama sgt baru nak confess?”
aku berkata dgn jujur, “sebab sy tak nak hilang kamu”
CINTA mampu membuatkan sepasang teman bergaduh, putus sahabat.
oh aku tidak mahu itu berlaku antara kami gara2 CINTA itu.
tapi sememangnya aku sangat BERTUAH kerana cinta itu berbalas.
jika dulu agak SYOK SENDIRI, tapi kini TAK lagi.
ku akui mmg bertambah GEMBIRA sejak kehadirannya. A A A
terima kasih sekali lagi wahai CINTA.
kerana kamu telah memberikan saya HARAPAN dan SEMANGAT baru dlm hidup ini.
semoga hari2 yg akan dtg memberi lebih kebahagiaan utk kita.
maafkan aku cinta kerana dalam seminggu ini, ada terjadinya sengketa.
kerana sesungguhnya aku cuma insan biasa, yg tak pernah lari dari melakukan kesilapan (dan melukakan hatimu…..)
namun, TERIMA KASIH sekali lagi kerana telah melengkapkan diri yg tidak sempurna ini.
SAYA SAYANG DAN CINTAKAN KAMU SELAMANYA A A A

Love is in the air~~ ♥
ReplyDelete