dah lama tak online. FB pun tak buka, jauh sekali nak update blog ne. dah bersawang nampaknya! :D
tapi hari ini tergerak pula nak menulis. tentang seseorang. mungkin kalian akan bosan dengan cerita aku. ~layannn!
dia seorang teman. baik. sopan. cute. pandai. kelakar. sejak kenal, aku selesa berkawan dengannya. namun suatu hari, terjadilah peristiwa mcm lagu Teman Tapi Mesra,
"namun aku bingung, ketika dia bilang cinta. dan dia juga katakan tuk ingin jadi kekasihku...!"
sehingga kini, aku masih tidak memberikan jawapan. bukan aku sombong. tapi ini soal hati. aku tak mahu ada diantara kami akan terluka nanti. berikan aku masa utk menilai kesemuanya.
sejujurnya, aku masih tidak bersedia untuk satu perhubungan cinta. kerana ia merupakan satu komitmen yg besar. kerana jika aku memilih utk bersama dgn seseorang itu, aku berharap ianya akan kekal. hati ini sudah letih mengejar cinta. biarlah ini menjadi yg terakhir buatku...
lagu ini. mungkin menggambarkan perasaan dia terhadapku.....?
buat kamu. jika kamu terbaca post ini, aku tahu kamu mengerti perasaan aku juga saat ini, kan? :)

No comments:
Post a Comment